Showing posts with label Qur'an. Show all posts
Showing posts with label Qur'an. Show all posts

Saturday, 7 January 2017

Sekolah Rendah Al Itqaan

Homework tulisan..nama-nama surah.
Alhamdulillah.. hujung 2016 yang lepas Abdurrahman dan Asma dapat berita baik. Dua-dua lepas ujian tadika dengan cemerlang. Walaupun Asma' dapat tempat ketiga belas dari enam belas pelajar dalam kelas (huhu).. keputusan dia tetap cemerlang. Cuma satu paper dapat markah 80. Selebihnya 90 ke atas. Abdurrahman alhamdulillah maintain top five. Kali ni nombor 4. Hehe..

Abdurrahman dan Asma' berjaya ke darjah satu. Kelas akademik sama. Kelas qur'an lain-lain. Ikut gender. Setiap hari kena murojaah. Lepas tu Umi kena cek ada dapat jim (ج) tak. Kalau jim tu untuk jayyid..bermaksud baik. So maknanya hafalan ada yang tersangkut-sangkut lagi. Kalau dapat mim ( م) maksudnya mumtaz.. cemerlang. Maksudnya hafalan lancar.

Umi doakan Abdurrahman dan Asma' diberi taugik dan hidayah sentiasa. Semoga Allah temrus kurniakan nikmat istiqamah dalam perjuangan Al Qur'an. In sha Allah amìn.

Wednesday, 4 September 2013

Merdunya bacaan Qur'an ni..



Masya Allah, sedapnya bacaan ni.
Umi doa Abdurrahman dan Asma' boleh membaca dan menghafaz qur'an sebaik ini, insya Allah. aminn..

Tuesday, 12 March 2013

Thursday, 3 January 2013

Usaha kerana Allah

Abdurrahman makan honey dew di kantin Education lepas solat Jumaat


Alhamdulillah, Umi panjatkan setinggi-tinggi syukur pada Allah atas kurniaNya pada Umi dan Abi. Abdurrahman ditunggu 13 tahun, sekarang dah hampir nak 3 tahun umur enta. 21 hari lagi insya Allah.

Dalam usianya nak masuk 3 tahun ni, banyak pencapaiannya menyenangkan hati Umi. Abdurrahman dah boleh jaga Adik, boleh tolong Umi, pandai ambil hati. Abdurrahman jugak rajin baca buku dan mengaji walaupun tak betul sangat bacaannya. Baca buku tu maksudnya Umi la tukang baca/cerita pada Abdurrahman.

Lately ni Abdurrahman pandai tak mau pi sekolah. Mungkin seronok cuti kot. Oh ye, cuti enta of course la tak sama dengan orang lain. Sekolah enta kan ikut kalendar sekolah antarabangsa.. i.e. ikut universiti. So, cuti sama dengan Umi la nanti. Hari ni Abdurrahman dalam cubaannya yang entah kali ke berapa, cuba untuk skip school lagi.


Abdurrahman: Umi, hari ni Abang nak pergi school Umi. School Umi yang ada Allaaahu akbar! (sambil menggayakan orang mengangkat takbir dalam solat). Boleh Umi bawak Abang pergi school Umi?

Umi: Boleh, tapi...

Abdurrahman: Terima kasih Umi. Terima kasih bawak Abang pergi school Umi. Abang I love you.

Umi: Boleh Abang, tapi bukan hari ni. Nanti cuti ya, waktu malam, bukan siang.  (Umi dan Abi selalu bawak Abang dan Adik ke Masjid UIA untuk solat Isyak time cuti hujung minggu).


Hmm.. cubaan Abang gagal kali ni, tapi takpe Abang.. teruskan usaha! Ganbate! Laa tai'asu! Pesan Umi, berusahalah setiap kali. Cuma jangan tinggalkan sandaran usaha kita tu pada Allah. Maksud Umi, apa-apa yang kita buat mesti kita fikirkan apa kebaikannya untuk kita di akhirat nanti? Nabi suka tak kita buat sesuatu tu? Allah pula macamana? Kalau usaha kita hanya nak untung di dunia tanpa fikirkan balasan di akhirat, itu bukan cara hidup Muslim.

Ingat pesan Allah dalam surah Hud ayat 15 dan 16:

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan".

Nanti Abdurrahman dan Asma' tanya ustaz untuk penjelasan lanjut ayat ni ya, sayang. OK, just ingat, laa tai'asu - jangan putus asa! Especially dari rahmat Allah yang Maha Penyayang!

Saturday, 10 November 2012

Abdurrahman, tengok ni sahabat imam enta!



Umi doakan Abdurrahman akan berdiri sebagai imam juga macam sahabat enta ni. Amin ya Rabb!


Wednesday, 31 October 2012

Jangan jadi orang yang ruuuugiii!

Abdurrahman, Asma'.. tengok ni sahabat antuma berpesan:



Jangan biarkan diri kita jadi orang yang rugi ya, sayang. Jom baca Qur'an!

"Ya Allah, jadikan kami dikalangan hambaMu yang mencintai alQur'an, yang membaca alQur'an, yang menghafal alQur'an dan yang mengamalkan alQur'an, amin ya Rabb!"