Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Thursday, 20 August 2015

Swimming, jom!

huhu..

Assalamu'alaikum,

Hai, lamanya Umi tak update blog ni. Setahun lebih tu.. In sha Allah, Umi akan aktif balik mengupdate cerita-cerita terkini dan berkongsi ilmu dengan Abdurrahman dan Asma', ok sayang?

Dah setahun berlalu. Tentulah Abdurrahman dan Asma' pun bertambah umur setahun lagi, kan? Abang dan Adik dua-dua dah jadi pelajar Pusat Pengajian AlQur'an al Itqaan (PPQI).. a.k.a Itqaan. Alhamdulillah. 

Pengambilan Disember tahun lepas, sekarang dah tengah tahun. Alhamdulillah, Asma' progresses really really well. Abang... hmmm, Abang banyak main ya, sayang? Untuk subjek Iqra', Abdurrahman buku 4, Asma' buku 3. Untuk Subjek Anakku, Abdurrahman buku 7, Asma' buku 6! See, kan Umi cakap Asma' laju.. Hmm, Umi kena buat sesuatu lah dengan Abang ni.

Sekarang Abdurrahman ambil kelas swimming. Alhamdulillah, Umi tengok Abang minat.. so cepat belajar. Baru 3 kelas, tapi Abang dah boleh buat semua yang diajar dengan baik. Kalau ada ibu-ibu kat luar sana cari kelas swimming untuk toddlers, boleh cuba check Hawary Sports Center. Dia ada buat private classes juga kalau nak. Umi pernah call kelas renang lain, tapi mereka tak ambil pelajar semuda 4 atau 5 tahun. HSC ni ambil. Cuma yang 4 tahun dia kena tengok dulu, faham arahan ke tak. Kalau tak faham, tak boleh lah join

Asma' tak masuk kelas ni sebab Asma' freaked out during the first class. Haha! Cian dia... dah third class baru nak join. Abi kata takyah lah.. next sem je lah. Oh ye, HSC punya kelas ikut semester. Satu semester 3 bulan. Yuran RM300 satu semester. Pelajar perlu pakai pakaian renang yang sesuai, ada goggles dan swimming board (ala, pelampung macam surf board tu.. tapi kecik). So far so good. Niat Umi, bila Abdurrahman dan Asma' dah boleh berenang, Umi tak perlulah seksi-seksi lagi di kolam renang awam sebab kena jaga antuma. In sha Allah, antuma boleh jaga diri sendiri, sambil Umi jeling-jeling dari tempat kering. Hehe..


Ok. In sha Allah sambung lagi nanti. Ilal liqo' :)


Ya Allah, tunjuki kami jalan yang benar, amin. 


Tuesday, 18 March 2014

Asma's sport's day

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Abdurrahman dan Asma' nak dengar (baca) satu kisah? Begini..

Alkisahnya, Ahad 16 Mac baru ni Asma' punya sport's day. Berlangsung di Dewan Sri apa tah..kat UNITEN, Bangi. Sabtu malam tu kita ada kelas seperti biasa di Kuantan. Jadinya, lepas subuh ahad tu kita terus berdesup balik ke Gombak. Dan seperti biasa juga kita bertiga tidur tak ingat dunia kat spot masing-masing dalam kereta tu. Abi sorang-sorang le drive sampai ke rumah. hehe.. terima kasih Abi. 

Waktu sampai Asma' dah mula menangis. Auntie Zura kena dukung.
Sampai kat rumah masih awal, dalam pukul 10 pagi. Umi dah mulakan sesi kaunseling kat Asma'. Suruh Asma' duduk dengan Auntie nanti kat sport. Duduk ngan kawan-kawan..nanti dapat hadiah. Kalau duduk ngan Umi nanti tak dapat hadiah. Sebabnya Umi dah experience dulu waktu Abang sport, dia tak nak join event, duk berkepit dengan Umi. Eheh.. 

Synchronized crying by the playhouse kids.. hehehe...


Asma' masih di dukung oleh Auntie Zura.. (event dah start time ni)
Ok, Asma' dah cool down..tercari-cari Umi, Abi dan Abang la tu.. :) Cute je topi ikan atas kepala.

1st game..ambil kad, lari (jalan) zig zag, letak kad dalam bakul..ikut gambar. 2nd game lebih kurang sama, tapi bawa bola. Konon-konon telur ikan la..


Abang & Abi menonton dari ataaas sekali...sayup je nampak..hehe..


Akhirnya, dapat jugak adik medal. Auntie Zura yang setia mendukung adik.. aduyai Asma'..
Above all, Umi ucapkan tahniah untuk Asma' yang berjaya mengharungi your first sport's day. Dan juga tahniah untuk pihak pengurusan BBIM yang berjaya menganjurkan event ni. Semuanya ok, alhamdulillah. Jauh beza dari penganjurannya dua tahun lepas.. Thumbs up! 




Monday, 6 January 2014

New School, New Life (II)

Taqwim sekolah Abang, less cuti than usual. Hardwork Abang, ya!

 

Study..study... jangan main-main! 

  Happy times..alhamdulillah!







 


Asma'..nampak ayu ni, tengok le bila tidur keletihan! hehe.. 




OK, tu je.. entah bila nak update lagi. Nanti nak amik gambar Abang pakai uniform.. sekolah baru Abang Umi belum story lagi! :) Adik BBIM. Abang PPQI. Next entry, in shaa Allah! Doakan.

Allahumma faqqihna fid deen, wa 'allimna ta'wil.





Thursday, 2 January 2014

New School New Life


Assalamu'alaikum anak-anak Umi,

Lama dah Umi tak update blog ni.. maaf ya. Masa ada, cuma tak sempat. Haha.. alasan terbaekk abad ini.
Anyway dears, ni Umi letak gambar gambar je lah yer.. nak tulis panjang-panjang pun tak sempat. Abdurrahman dah mula belajar membaca, in shaa Allah satu hari nanti Allah izinkan Abang baca semua coretan Umi ni.

OK, let's start with Abdurrahman. Alhamdulillah Abang dah besar sekarang. Banyak perkara yang Abang dah faham. Cuma masih kuat membaling.. aduyaii.. tangan tu cepat sangat campak mencampak..

Ingat senang ke nak ambil gambar Abang? Susah tau..asyik gerak-gerak.. semua sama macam Abi, camera shy!
  
Abang nangis lepas tengok video lori tenggelam dalam banjir.. aww, such a soft hearted boy! 
  
Hati-hati! Atromen nak mandi..! :)

  
Tengok, punya lasaknya korang tidur.. Kaki abang kat kepala adik!

  
  
Asma'..tak yah lah nangis pergi sekolah.. relax la, sayang!

  
  
Asma' dah ready nak pergi school.

   
Sebab Asma' selalu nangis time ke sekolah, Umi buat chart I LOVE SCHOOL. Siapa pi sekolah tak nangis dapat 1 sticker smiley. Lepas tu melarat, siapa buat homework/study malam tu, dapat lagi satu sticker 4 segi (motivational sticker). Then akhir bulan kira, 1 sticker RM1. Boleh redeemed beli hadiah kat Mr. DIY. Hehe.. Abi sponsor bab tu. :D

Tuti fruity time! Umi buat homemade frozen yogurt. Asma' suka.. Abang tak sangat, sebab masam.. Umi tak buh gula, just guna madu. Yogurt kan masam. :( hehe


Ok, nanti sambung lagi.. tata! :)


Friday, 27 July 2012

Happy times

Assalamu`alaikum, anak2 umi..

Today Umi nak share latest pics waktu kita tunggu Abi dalam kereta. Umi suka sangat tengok gambar-gambar ni sebab you both are so cute in your own ways.


Abdurrahman suka sangat bila Umi jadi 'monster' nak geletek Abdurrahman. Sunshade tu konon-konon Abdurrahman punya shield la. Nak cover dari Umi. Mengekek gelak.


Asma' pun tersengih-sengih tengok Abdurrahman gelak. suka sangat tengok Umi menyakat Abang ye?

Umi doakan Abdurrahman dan Asma' sentiasa bahagia dan gembira. Umi doakan anak-anak Umi sentiasa dilindungi Allah. :)

Adik sekarang dah tumbuh 4 batang gigi. Pandai jalan. Tak pandai cakap sangat lagi, setakat 'Abang' , 'Oma', 'Amma' dan 'nak je'. Tapi... Asma' pandai zikir. Alhamdulillah! Asma' suka sangat berzikir. Kadang-kadang 'Subhanallah'. Kadang-kadang 'Allah'. Tapi selalunya 'Allahu Akbar'. Kalau Asma' menangis Asma' sebut 'Allah', 'Allah'.. Kalau barang jatuh ke, nak amik barang ke, Asma' sebut 'Allahu Akbar'.

Sejuk hati Umi dengar. :)

Asma' selalu kena buli dengan Abdurrahman. Hehe.. bukan apa tu Asma' sayang, Abang tengah train Adik jadi tough! So, kuat ya, sayang!


Abdurrahman sangat petah bercakap sekarang ni. Tapi Umi belum boleh dengar Abdurrahman baca Fatihah. Cikgu Abdurrahman kata kat BBIM Abdurrahman dah boleh ikut. Kat Madrasah pun Ustazah ajar iqra' dah banyak huruf yang Abdurrahman kenal. Tapi bila dengan Umi Abdurrahman jadi malu. Memang Abdurrahman ni agak pemalu orangnya. Bila ada orang yang dia tak kenal tegur, dia buat sombong. Hmm.. tak baik sayang.

Abdurrahman ni sangat protective kadang-kadang tu.. Ada sekali Umi letih. Abdurrahman dan Adik dua-dua main-main tak nak pakai pampers, tak nak pakai baju. Puas Umi tarik, Asma' guling-guling. Sebelum tu Abdurrahman.

Last-last Umi kata: Umi letihla. Tak de siapa kesian kat Umi.

Abdurahman tiba-tiba jawab: Ada.

Umi: Siapa?

Abdurrahman: Abang la.

Abdurrahman pun bangun. Abdurrahman datang kat Umi dan peluk Umi sambil cium pipi Umi.

Alhamdulillah!

Umi sayang Abdurrahman dan Asma'!!


Ya Allah, lindungilah anak-anak Umi dalam lindungan kasih sayangMu yang Maha Agung.. Pelihara iman mereka, ya Rabb..Amin.


Tuesday, 13 March 2012

Jom masuk bakul!

Abang! Tengok Adik masuk bakul kain Umi!

Bestnyerr! abang nak masuk jugak boleh?

Umi! Tengok kitorang duduk dalam bakul Umi!!

Friday, 15 July 2011

Jom pi Umrah!






Assalamu`alaikum anak-anak Umi!



Lamanya Umi tak update. Niat Umi dulu nak jadikan blog ni tempat Umi bercerita pasal Abanglong.. Nampaknya sekarang Abanglong kena share dengan Asma' la.. Tapi sekarang Umi masih belum berkesempatan update blog ni selalu. Mahu tidaknya, Abanglong sorang pun Umi dah kelam kabut. Tambah pulak dengan Asma'. Anak-anak Umi semuanya ikut perangai Umi.. tak boleh tinggal seorang. Mesti nak berkepit dengan orang. Eheh.. padan muka Umi kena jaga antuma begitu gayanya. Tapi Umi tak kisah, sebab Umi sayang antuma.




Sekarang ni kita tengah bersiap nak pergi umrah. Abanglong akan pergi insya Allah kali kedua lah ni. Asma' pulak kali pertama. Dulu, masa pergi bawak Abanglong seorang, Umi ada nampak seorang makcik ni. Dia bawa anak dia. Umur anak dia mungkin dalam lingkungan 2-3 tahun. Budak lelaki. Agak nakal. Waktu makcik tu tolak dia dalam stroller, anak dia tu menyorot je badan turun ke bawah ikut lubang kaki.. tak dapat turun ikut situ, dia panjat ke atas nak cari jalan turun yang lain. Waktu Umi tengok tu, Umi fikir, "nasib baik Umi bawak Abdurrahman umur 3 bulan. Kalau dah pandai jalan jadi macam tu la kot!" Hehe, nampaknya Allah dengar apa yang Umi bisikkan. Dan sekarang Dia jemput kita lagi untuk uji Umi dengan Abanglong yang dah pandai jalan.. hehe.. Alhamdulillah!




Kalau antuma nak tahu, waktu pergi last year, Abanglong kuat tidur. Tiiiiiiidor aje kerjanya. Jadi apa-apa perkara yang Umi dan Abi nak buat pun jadi mudah waktu tu. Alhamdulillah! Untuk tahun ni, wallahu a'lam. Tak tahu lagi, sebab Abanglong dah pandai jalan. Asma' pula tak kuat tidur. Kalau berpeluk dengan orang tidur la. Tapi bila letak atas katil, or atas tilam.. Asma' pun buka mata! Heheh.. Semoga Allah mudahkan urusan kita sekeluarga untuk umrah kali ni.




Apa pun, Umi bersyukur sebab Allah jemput kita lagi. Dan kali ni, Insya Allah untuk sebulan ramadhan hingga selesai puasa sunat Syawal. Umi berdoa mohon Allah berikan kesihatan yang sempurna untuk kita semua. Dan yang paling Umi harapkan agar Allah terus memberikan kasih dan rahmat Nya yang tiada berprnghujung untuk kita sekeluarga, amin.




Umi sayang antuma!