Wednesday, 4 September 2013

Merdunya bacaan Qur'an ni..



Masya Allah, sedapnya bacaan ni.
Umi doa Abdurrahman dan Asma' boleh membaca dan menghafaz qur'an sebaik ini, insya Allah. aminn..

Thursday, 22 August 2013

Vocab Asma'

Mak dah chaa..umii!

Asma' anak istimewa. Istimewa dalam erti kata dia cepat mengikut dan belajar sebab nak compete dengan Abdurrahman. Seringkali meminta perhatian sebab tak mahu dirinya ketinggalan.
Tapi Asma' lambat sikit bercakap. Mungkin sebab pandai berjalan dulu. Entahlah mana logik dari segi saintifiknya, tapi ramai orang cakap macam tu la. Kalau budak ni pandai cakap dulu, lambat berjalan. Kalau pandai berjalan dulu lambat bercakap. Abdurrahman memang pandai bercakap dulu. Wallahu a'lam.

Sekarang ni Asma' dah pandai bercakap. Walaupun masih sebijik-sebijik perkataan yang keluar dari mulut mungil dia, tapi ayat dia lengkap. Cukup subjek dan predikatnya. Heheh.. Tapi hati-hati. Umi dengan Abdurrahman je yang selalunya faham apa yang dia cakap. Abi dengan Kak CT pun ok jugak faham la jugak. Tapi kalau orang lain dengan, tersengih-sengih sambil mengangguk-ngangguk, konon-konon faham. Tapi satu pun tak kena. hihihi...

Ni antara vocab Asma':

Mak    - Asma'
nyer    - punya   (so kalau dengar: Mak nyer - maksud: Asma' punya)
le cok    - tolong buka
cok..cok...    - buka..buka...
bobbo    - bubur / bubuh (haa, kalau ada dua gini, kenalah pandai padan kan dengan situasi waktu tu)
lo    - telur / milo
Owii     - Snowy (nama kucing sesat kat rumah tu)
lehh     - boleh / tak boleh ( kalau tak boleh disertai dengan gelengan kepala)
wap     -  suap
chik     - nasi
chut     - biskut
tho      - straw
lett     - coklat
lat       - solat


contoh ayat penuh:

Mii, Mak nak white : Umi, Asma' nak Solivite
Mii, Mak bak  : Umi, Asma' berak. (tuuut! heheh..)
Mii, Mak nak lat : Umi, Asma' nak solat.  

Satu lagi, Asma' tak pernah bahasakan dia dia Adik (kecuali sekali, itupun macam pelik je Umi dengar) walaupun semua orang panggil dia Adik.

Apapun, Umi doakan Asma' petah dan lancar dengan bacaan Qur'an dan hafalan nanti ya, amin ya Rabb.
Umi sayang Asma'.
(biasanya Asma' akan jawab: Mak yang Mii) :)


Tuesday, 23 July 2013

Umi, Abang dah besar!

hehe..Abdurrahman dengan puting dia

Abdurrahman dah besar. Alhamdulillah.

Dah cukup besar untuk faham bila Umi marah dia dan Asma'. Cepat-cepat Abdurrahman datang, peluk Umi, and say: "Abang sayang Umiii.." sambil buat lentok-lentok kepala manja dekat Umi. Haish.. tak jadi nak marah.

Dah cukup besar untuk faham bila Umi rasa gembira tengok gelagat dia dan Asma'. "Umi! Umi! tengok Abang buat ni.." kata Abdurrahman sambil ulang-ulang buat gelagat yang kelakar tu. Umi pun senyum makin lebar dan ketawa riang gembira.

Dah cukup besar untuk faham bila Umi rasa sakit. "Umi makan la ubat," suruh Abdurrahman. Bila Umi kata Umi tak ada ubat, berlari dia mencari duit Abinya yang selalu terjatuh di mana-mana. Dihulur duit pada Umi. "Nah, Umi ambik duit ni, beli ubat. Abang jumpa je duit Abang ambik bagi Umi." kata Abdurrahman sambil tersengih-sengih.

Alhamdulillah ya Allah. Allahummaj'alhu min 'ibaadikas so..lehin.. Ya Alllah, jadikan Abdurrahman dan Asma' dari kalangan hambaMu yang soleh, amin ya Rabb!