Saturday, 7 January 2017

Sekolah Rendah Al Itqaan

Homework tulisan..nama-nama surah.
Alhamdulillah.. hujung 2016 yang lepas Abdurrahman dan Asma dapat berita baik. Dua-dua lepas ujian tadika dengan cemerlang. Walaupun Asma' dapat tempat ketiga belas dari enam belas pelajar dalam kelas (huhu).. keputusan dia tetap cemerlang. Cuma satu paper dapat markah 80. Selebihnya 90 ke atas. Abdurrahman alhamdulillah maintain top five. Kali ni nombor 4. Hehe..

Abdurrahman dan Asma' berjaya ke darjah satu. Kelas akademik sama. Kelas qur'an lain-lain. Ikut gender. Setiap hari kena murojaah. Lepas tu Umi kena cek ada dapat jim (ج) tak. Kalau jim tu untuk jayyid..bermaksud baik. So maknanya hafalan ada yang tersangkut-sangkut lagi. Kalau dapat mim ( م) maksudnya mumtaz.. cemerlang. Maksudnya hafalan lancar.

Umi doakan Abdurrahman dan Asma' diberi taugik dan hidayah sentiasa. Semoga Allah temrus kurniakan nikmat istiqamah dalam perjuangan Al Qur'an. In sha Allah amìn.

Monday, 13 June 2016

Ramadhan Kareem!

Abdurrahman: hari pertama puasa
Ramadhan Kareem! Alhamdulillah, kita Allah pilih kita lagi untuk jumpa Ramadhan tahun ni. Abdurrahman dan Asma' dah faham sikit-sikit tentang puasa. Bila Umi tanya siapa nak puasa, dua-dua angkat tangan sambil bagitau nak puasa. Umi tak pernah paksa dan Umi tak larang. Alhamdulillah Abdurrahman dan Asma' dibukakan hati oleh Allah untuk taat perintah Allah yang istimewa ni. 

Pintu Ar Rayyan

Sebelum jumpa Ramadhan Umi pernah cerita pada Abdurrahman dan Asma' tentang istimewanya Ramadhan. Satu bulan yang penuh dengan rahmat Allah. Semua makhluk Allah dapat rahmat dalam bulan berkat ni. Tak kiralah dia Muslim ke, belum Muslim ke.. Tapi satu hadiah yang paaaling istimewa dari Allah untuk orang yang berpuasa ialah pintu Ar Rayyan

Sabda Rasulullah ﷺ, “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu ‘Ar-Rayyan’ yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Ditanya (oleh pintu tersebut): “Di manakah orang-orang yang berpuasa?” Maka mereka pun masuk dari pintu tersebut. Setelah semua orang yang berpuasa memasukinya, pintu itu pun ditutup dan tak ada lagi yang masuk melaluinya.” (Hadis Riwayat Muslim, dari Sahl Ibn Sa’ad). [sumber dari sini]
 Umi dah tak ingat Umi cerita tentang pintu ni. Tapi bila Umi tanya pada Abdurrahman, kenapa Abdurrahman puasa? Dia jawab, "Sebab Abang nak masuk syurga dari pintu arRayyan." Masya Allah! Bila Abdurrahman letih dan tak tahan, Umi tanya, Abdurrahman nak minum ke? Nak makan ke? Dia geleng kepala. 

Umi tanya lagi, " Abang boleh tahan ke?" 

Abdurrahman jawab, "Boleh. Abang nak masuk pintu ar Rayyan." 
Allahu Akbar! Tingginya iman enta wahai anakku. Semoga istiqamah terus kekal hingga ke jannah Umi doakan.

Umi balas, " Umi doakan nama Abang akan Allah panggil dari pintu arRayyan, in sha Allah, amin!"




Poster Abdurrahman buat sempena Ramadhan..Makan = No; Minum = No.


Setakat entry ni (8 Ramadhan) Abdurrahman baru tinggal 1 hari puasa. Itu pun sebab musafir dari kampung. Masha Allah! Barakallahu fiik ya Bunayya!

Semoga Allah AlQawwiy ArRahim beri Abdurrahman dan Asma' kekuatan untuk menempuh Ramadhan setiap tahun. Amin Allahumma Amin. 

Thursday, 20 August 2015

Swimming, jom!

huhu..

Assalamu'alaikum,

Hai, lamanya Umi tak update blog ni. Setahun lebih tu.. In sha Allah, Umi akan aktif balik mengupdate cerita-cerita terkini dan berkongsi ilmu dengan Abdurrahman dan Asma', ok sayang?

Dah setahun berlalu. Tentulah Abdurrahman dan Asma' pun bertambah umur setahun lagi, kan? Abang dan Adik dua-dua dah jadi pelajar Pusat Pengajian AlQur'an al Itqaan (PPQI).. a.k.a Itqaan. Alhamdulillah. 

Pengambilan Disember tahun lepas, sekarang dah tengah tahun. Alhamdulillah, Asma' progresses really really well. Abang... hmmm, Abang banyak main ya, sayang? Untuk subjek Iqra', Abdurrahman buku 4, Asma' buku 3. Untuk Subjek Anakku, Abdurrahman buku 7, Asma' buku 6! See, kan Umi cakap Asma' laju.. Hmm, Umi kena buat sesuatu lah dengan Abang ni.

Sekarang Abdurrahman ambil kelas swimming. Alhamdulillah, Umi tengok Abang minat.. so cepat belajar. Baru 3 kelas, tapi Abang dah boleh buat semua yang diajar dengan baik. Kalau ada ibu-ibu kat luar sana cari kelas swimming untuk toddlers, boleh cuba check Hawary Sports Center. Dia ada buat private classes juga kalau nak. Umi pernah call kelas renang lain, tapi mereka tak ambil pelajar semuda 4 atau 5 tahun. HSC ni ambil. Cuma yang 4 tahun dia kena tengok dulu, faham arahan ke tak. Kalau tak faham, tak boleh lah join

Asma' tak masuk kelas ni sebab Asma' freaked out during the first class. Haha! Cian dia... dah third class baru nak join. Abi kata takyah lah.. next sem je lah. Oh ye, HSC punya kelas ikut semester. Satu semester 3 bulan. Yuran RM300 satu semester. Pelajar perlu pakai pakaian renang yang sesuai, ada goggles dan swimming board (ala, pelampung macam surf board tu.. tapi kecik). So far so good. Niat Umi, bila Abdurrahman dan Asma' dah boleh berenang, Umi tak perlulah seksi-seksi lagi di kolam renang awam sebab kena jaga antuma. In sha Allah, antuma boleh jaga diri sendiri, sambil Umi jeling-jeling dari tempat kering. Hehe..


Ok. In sha Allah sambung lagi nanti. Ilal liqo' :)


Ya Allah, tunjuki kami jalan yang benar, amin.