Friday, 27 July 2012

Happy times

Assalamu`alaikum, anak2 umi..

Today Umi nak share latest pics waktu kita tunggu Abi dalam kereta. Umi suka sangat tengok gambar-gambar ni sebab you both are so cute in your own ways.


Abdurrahman suka sangat bila Umi jadi 'monster' nak geletek Abdurrahman. Sunshade tu konon-konon Abdurrahman punya shield la. Nak cover dari Umi. Mengekek gelak.


Asma' pun tersengih-sengih tengok Abdurrahman gelak. suka sangat tengok Umi menyakat Abang ye?

Umi doakan Abdurrahman dan Asma' sentiasa bahagia dan gembira. Umi doakan anak-anak Umi sentiasa dilindungi Allah. :)

Adik sekarang dah tumbuh 4 batang gigi. Pandai jalan. Tak pandai cakap sangat lagi, setakat 'Abang' , 'Oma', 'Amma' dan 'nak je'. Tapi... Asma' pandai zikir. Alhamdulillah! Asma' suka sangat berzikir. Kadang-kadang 'Subhanallah'. Kadang-kadang 'Allah'. Tapi selalunya 'Allahu Akbar'. Kalau Asma' menangis Asma' sebut 'Allah', 'Allah'.. Kalau barang jatuh ke, nak amik barang ke, Asma' sebut 'Allahu Akbar'.

Sejuk hati Umi dengar. :)

Asma' selalu kena buli dengan Abdurrahman. Hehe.. bukan apa tu Asma' sayang, Abang tengah train Adik jadi tough! So, kuat ya, sayang!


Abdurrahman sangat petah bercakap sekarang ni. Tapi Umi belum boleh dengar Abdurrahman baca Fatihah. Cikgu Abdurrahman kata kat BBIM Abdurrahman dah boleh ikut. Kat Madrasah pun Ustazah ajar iqra' dah banyak huruf yang Abdurrahman kenal. Tapi bila dengan Umi Abdurrahman jadi malu. Memang Abdurrahman ni agak pemalu orangnya. Bila ada orang yang dia tak kenal tegur, dia buat sombong. Hmm.. tak baik sayang.

Abdurrahman ni sangat protective kadang-kadang tu.. Ada sekali Umi letih. Abdurrahman dan Adik dua-dua main-main tak nak pakai pampers, tak nak pakai baju. Puas Umi tarik, Asma' guling-guling. Sebelum tu Abdurrahman.

Last-last Umi kata: Umi letihla. Tak de siapa kesian kat Umi.

Abdurahman tiba-tiba jawab: Ada.

Umi: Siapa?

Abdurrahman: Abang la.

Abdurrahman pun bangun. Abdurrahman datang kat Umi dan peluk Umi sambil cium pipi Umi.

Alhamdulillah!

Umi sayang Abdurrahman dan Asma'!!


Ya Allah, lindungilah anak-anak Umi dalam lindungan kasih sayangMu yang Maha Agung.. Pelihara iman mereka, ya Rabb..Amin.


Saturday, 28 April 2012

Happy Birthday, Asma'!



Asma' lahir setahun yang lalu di Pusat Perubatan Kohilal di Taman Melawati, Selangor. Tepat jam 12 tgh malam, Umi masuk bilik pembedahan. Tu pun lepas seharian Umi tunggu.. heheh.. Asma' kecik sangat. Berpusing-pusing dalam perut. Lepas tu Asma' tak turun-turun sebab terlekat kat tepi, sebelah kanan rahim Umi. Aduhai.. Jadi Doktor Marsita yang baik hati pun kata, nak bedah tak? :)


Alhamdulillah, Asma' selamat lahir.. kecik sangat tapinya. 2.3kg. Sekarang ni dah 8.5kg. Alhamdulillah. So, 3hb Jamadil Akhir baru ni, Umi masak spaghetti oleo dan buat jelly hantar kat Taska Asma'. Ustaz Muntasar bacakan bacaan Maulid dan doa.  


Umi doakan Asma' sihat selalu, membesar sebagai anak yang solehah dan bijak sebagai 'alimah wal haafizah. Umi doakan Asma' dilapangkan rezeki dan dimudahkan urusan dunia akhirat. Umi doakan Asma' will be outstanding in your performance fid dunya wal aakhirah! (pinjam doa Dr. Marsita) 


So, ni Umi nak share resepi spaghetti oleo Umi yang femes nih. Resepi ni Umi belajar dari Maksu Noni. Ala, diakan stewardess, makan pun yang kelas-kelas gitu. Umi belajar masak hands on tengok dia masak. Tapi Umi alter ikut apa yang ada. Heheh.. Favourite Abi ni, tau. Untuk Abdurrahman dan Asma' Umi tak letak cili. Nanti dah besar, Asma' pulak masak untuk Umi ya, sayang. 


Mula-mula, kita perlukan:


Bawang besar dan bawang putih.. chop chop..
Cili capsicum hijau, kuning (dan merah kalau ada), tomato, dan timun jepun. Semua dadukan kecik-kecik.
Sotong
Udang
Spahetti..rebus dulu aa..
Herbs untuk pasta (kalau ada oregano je pun dah cukup), chilly flakes, dan kiub ayam.
Tadaaa!! Dah siap!
Alaa.. lepas tumis bawang, buh herbs and chilly flakes. Masuk kiub ayam and garam. Campak udang and sotong. Campak capsicum and timun. Campak spaghetti. Kacau kacau kacau.. last sekali baru buh tomato.. Kalau buh awal hancur nanti. 


Jangan lupa bismillah and selawat waktu mula nak masak ya, Asma'. 


Ni jelly buah-buahan.. Sedap jugak.. kott... :)


Ok.. nanti Umi share lagi resepi yang keluarga kita suka. 


Ya Allah, kurniakan kami nikmat yang berkat agar kami bahagia dunia akhirat, amin. 





Thursday, 12 April 2012

Daily story..

Abdurrahman's first school work brought back home. 

From BBIM to Tahfiz al Masri. Cheerful and playful. 

But most of the time it was like this.. heheh.. Abdurrahman falls asleep right before a corner to Tahfiz al  Masri. Hmm.. cian anak Umi, letih ya Abang?  

Umi cannot leave both of them alone now since Abdurrahman knows his way into Asma's playpen. Looking at Umi grabbing her phone, Abdurrahman quickly grabs Asma's head to pose for Umi. :D 

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan".

-surah Ibrahim: 40-41