Wednesday, 31 October 2012

Jangan jadi orang yang ruuuugiii!

Abdurrahman, Asma'.. tengok ni sahabat antuma berpesan:



Jangan biarkan diri kita jadi orang yang rugi ya, sayang. Jom baca Qur'an!

"Ya Allah, jadikan kami dikalangan hambaMu yang mencintai alQur'an, yang membaca alQur'an, yang menghafal alQur'an dan yang mengamalkan alQur'an, amin ya Rabb!"


Tuesday, 30 October 2012

Siri 0: Belajar dari Double A

Asma' comot makan ikan goreng kat tepi pantai Terengganu.. kat mana tah.. 

Kali ni Umi nak share dengan antuma apa yang Umi belajar dari antuma. Alhamdulillah, Allah berikan Umi taufik dan hidayah dalam membesarkan antuma. Satu..satu.. pengajaran yang Allah tunjuk. Alhamdulillah, sampai sekarang boleh kata ada je yang Umi belajar. Tentang kehidupan, tentang kejadian manusia, tentang alam. Semestinya Allah tunjukkan dari antuma..apa yang antuma buat, cakap dan respond. Alhamdulillah, Umi nak share dengan antuma, wahai Abdurrahman dan Asma'. Semoga bermanfaat buat kalian nanti ya.

Insya Allah, jika Allah izinkan ada beberapa siri ikut tajuk. Nanti Umi labelkan dengan 'parenting'. Kalau nak baca semua siri ni klik je kat label parenting, ok sayang? Hari ni Umi tak tulis lagi, sebab masih sibuk dengan data analysis Umi. Nanti dah reda sikit Umi updatekan. Tapi biasala Umi, time sibuk-sibuk gini dalam ilham nak menulis pun. Heheh.. ana asif...

OK, ilal liqo'. fi amaanillah.


Sunday, 21 October 2012

Sama-sama

Abdurrahman pakai topi Ultraman time balik dari ADH

Ini Abdurrahman. Setakat Umi update entry ni, Abdurrahman umur nak masuk 2 tahun 8 bulan. Bercakap petah walaupun pelat sikit-sikit. Sekarang ni belajar peringkat KG1 (kindergarten year 1). Arab boleh sesikit. English sesikit. Melayu expert laa.. Tapi paling expert bab cari adik. "Umi, Adik mana?" "Umi, Adik buat apa?" Bangun pagi cari Adik dulu. Nak tidur cari Adik. Balik sekolah cari Adik. Nak pergi sekolah pun tanya Adik tinggal dengan siapa. Dan soalan-soalan tu tak jemu-jemu Abdurrahman tanya Umi.

Asma' sengih untuk Umi snap gambar. (susah wo nak amik ni, Asma' suka gerak-gerak!) 
Haa..ni Asma' a.k.a. Adik. Asma' sekarang 1 tahun 5 bulan. Aktif dan dah pandai solat juga. Lagi rajin dari Abdurrahman. Tapi sensitif sangat. Pantang diusik dek Abdurrahman, mesti menangis. Menangis pulak stok jerit punya! Allahu akbar.. Kengkadang berlari Umi datang cek, takut apa-apa jadi kat Asma'. Ingatkan luka ke, apa ke.. tapi takde apa pun. Bila tanya Abdurrahman, kenapa Adik nangis, Abdurrahman selamba je jawab, " Abang pukul." Hmm..

Tapi, Umi syukur pada Allah sebab anak-anak Umi ni sayang menyayangi. Umi doa Allah satukan hati-hati Abdurrahman dan Asma' dalam syariat Allah hingga ke jannah. Abdurrahman selalu pujuk Asma' lepas di'pukul'nya. Dan Asma' kalau Abdurrahman menangis pun, pandai dipujuknya Abangnya yang sorang tu.

Pesan Umi:
Jangan gaduh-gaduh ya, sayang. Main sama-sama. Belajar sama-sama. Hafaz Qur'an sama-sama. Makan sama-sama. Sama-sama ingatkan yang lain siapa lupa apa yang baik, ok? Kalau nak tegur Abang atau Adik, jangan kasar-kasar.. ingat Nabi sayang kita, kita kena sayang keluarga kita. Jaga diri dan iman sama-sama. Taat Allah sama-sama. Jangan tinggalkan Abang atau Adik, ok?


Bersiar-siar di kota suci Makkah dalam stroller 'Arab'.
Main guling-guling atas lantai bersama memang favourite korang!
Haa..buat apa tu??

Naik kete free kat Giantsama-sama .. Umi sukaa!
'Ala kulli hal, Umi suka dan syukur tengok anak Umi baik-baik sama-sama. Alhamdulillah. 
 Ingat ya pesan Allah dalam firmanNya dalam surah alBaqarah ayat 43. Maksudnya, "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk".

Buat baik sama-sama. Buat jahat jangan langsung.. 

Ya Allah, tetapkan kami bersama-sama orang-orang yang bertaqwa. Amin, ya Rabb!