Thursday, 20 August 2015

Swimming, jom!

huhu..

Assalamu'alaikum,

Hai, lamanya Umi tak update blog ni. Setahun lebih tu.. In sha Allah, Umi akan aktif balik mengupdate cerita-cerita terkini dan berkongsi ilmu dengan Abdurrahman dan Asma', ok sayang?

Dah setahun berlalu. Tentulah Abdurrahman dan Asma' pun bertambah umur setahun lagi, kan? Abang dan Adik dua-dua dah jadi pelajar Pusat Pengajian AlQur'an al Itqaan (PPQI).. a.k.a Itqaan. Alhamdulillah. 

Pengambilan Disember tahun lepas, sekarang dah tengah tahun. Alhamdulillah, Asma' progresses really really well. Abang... hmmm, Abang banyak main ya, sayang? Untuk subjek Iqra', Abdurrahman buku 4, Asma' buku 3. Untuk Subjek Anakku, Abdurrahman buku 7, Asma' buku 6! See, kan Umi cakap Asma' laju.. Hmm, Umi kena buat sesuatu lah dengan Abang ni.

Sekarang Abdurrahman ambil kelas swimming. Alhamdulillah, Umi tengok Abang minat.. so cepat belajar. Baru 3 kelas, tapi Abang dah boleh buat semua yang diajar dengan baik. Kalau ada ibu-ibu kat luar sana cari kelas swimming untuk toddlers, boleh cuba check Hawary Sports Center. Dia ada buat private classes juga kalau nak. Umi pernah call kelas renang lain, tapi mereka tak ambil pelajar semuda 4 atau 5 tahun. HSC ni ambil. Cuma yang 4 tahun dia kena tengok dulu, faham arahan ke tak. Kalau tak faham, tak boleh lah join

Asma' tak masuk kelas ni sebab Asma' freaked out during the first class. Haha! Cian dia... dah third class baru nak join. Abi kata takyah lah.. next sem je lah. Oh ye, HSC punya kelas ikut semester. Satu semester 3 bulan. Yuran RM300 satu semester. Pelajar perlu pakai pakaian renang yang sesuai, ada goggles dan swimming board (ala, pelampung macam surf board tu.. tapi kecik). So far so good. Niat Umi, bila Abdurrahman dan Asma' dah boleh berenang, Umi tak perlulah seksi-seksi lagi di kolam renang awam sebab kena jaga antuma. In sha Allah, antuma boleh jaga diri sendiri, sambil Umi jeling-jeling dari tempat kering. Hehe..


Ok. In sha Allah sambung lagi nanti. Ilal liqo' :)


Ya Allah, tunjuki kami jalan yang benar, amin. 


Tuesday, 18 March 2014

Asma's sport's day

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Abdurrahman dan Asma' nak dengar (baca) satu kisah? Begini..

Alkisahnya, Ahad 16 Mac baru ni Asma' punya sport's day. Berlangsung di Dewan Sri apa tah..kat UNITEN, Bangi. Sabtu malam tu kita ada kelas seperti biasa di Kuantan. Jadinya, lepas subuh ahad tu kita terus berdesup balik ke Gombak. Dan seperti biasa juga kita bertiga tidur tak ingat dunia kat spot masing-masing dalam kereta tu. Abi sorang-sorang le drive sampai ke rumah. hehe.. terima kasih Abi. 

Waktu sampai Asma' dah mula menangis. Auntie Zura kena dukung.
Sampai kat rumah masih awal, dalam pukul 10 pagi. Umi dah mulakan sesi kaunseling kat Asma'. Suruh Asma' duduk dengan Auntie nanti kat sport. Duduk ngan kawan-kawan..nanti dapat hadiah. Kalau duduk ngan Umi nanti tak dapat hadiah. Sebabnya Umi dah experience dulu waktu Abang sport, dia tak nak join event, duk berkepit dengan Umi. Eheh.. 

Synchronized crying by the playhouse kids.. hehehe...


Asma' masih di dukung oleh Auntie Zura.. (event dah start time ni)
Ok, Asma' dah cool down..tercari-cari Umi, Abi dan Abang la tu.. :) Cute je topi ikan atas kepala.

1st game..ambil kad, lari (jalan) zig zag, letak kad dalam bakul..ikut gambar. 2nd game lebih kurang sama, tapi bawa bola. Konon-konon telur ikan la..


Abang & Abi menonton dari ataaas sekali...sayup je nampak..hehe..


Akhirnya, dapat jugak adik medal. Auntie Zura yang setia mendukung adik.. aduyai Asma'..
Above all, Umi ucapkan tahniah untuk Asma' yang berjaya mengharungi your first sport's day. Dan juga tahniah untuk pihak pengurusan BBIM yang berjaya menganjurkan event ni. Semuanya ok, alhamdulillah. Jauh beza dari penganjurannya dua tahun lepas.. Thumbs up! 




Monday, 6 January 2014

New School, New Life (II)

Taqwim sekolah Abang, less cuti than usual. Hardwork Abang, ya!

 

Study..study... jangan main-main! 

  Happy times..alhamdulillah!







 


Asma'..nampak ayu ni, tengok le bila tidur keletihan! hehe.. 




OK, tu je.. entah bila nak update lagi. Nanti nak amik gambar Abang pakai uniform.. sekolah baru Abang Umi belum story lagi! :) Adik BBIM. Abang PPQI. Next entry, in shaa Allah! Doakan.

Allahumma faqqihna fid deen, wa 'allimna ta'wil.