Sunday 18 December 2011

Abang masuk spital





Lebih kurang seminggu sebelum harijadi Abang yang pertama, Abang demam panas sangat. Suhu naik sampai 39 darjah Celcius. Umi dan Abi berlari tengah malam bawak Abang pergi klinik. Wan dengan Atuk pun tak sedar kami keluar rumah. Oo..masa tu kita balik Kuantan. Sampai di klinik, waktu Abi tengah daftarkan Abang, Abang mula pandang atas. Umi ingatkan Abang nampak sesuatu yang tak patut Abang tengok.. (hehe, makhluk halus ke) Lepas tu kaki dan tangan Abang mula keras. Kejang.. Umi dah suspens dah. Umi panggil Abi. Abi panggil-panggil Abang, tapi Abang dah tak respon. Abi panik. Abi cepat-cepat panggil Doktor. Nurse tu lembab semacam je. Nurse suruhmasuk bilik rawatan masa tu Doktor pun tak masuk lagi. Waktu tu badan Abang panas sangat. Abi terus ambil air dari paip kat sinki dalam bilik tu. Sapu-sapu satu badan Abang.

Umi tanggalkan baju Abang tinggal pampers je. Lepas tu baru Abang sedar. Abang mula nangis. Doktor yang dah sampai waktu tu stunt semacam. Dia pun gabra. Lepas tu baru dia kata nak masukkan ubat rectal kat Abang.

Alhamdulillah waktu jadi fit tu kita dalam klinik. Kalau dalam kereta tak tau jadi macamana. Lepas tu Abi terus bawak Abang pi Kuantan Specialist kat Jalan Alor Akar. Kita duduk dalam wad dua tiga hari jugak. Kat dalam hospital tu lagi banyak insiden yang jadikan Umi sikit-sikit pakar dalam bab suhu badan anak-anak Umi, hehe.. Abang lembik time sakit. Tapi waktu amik gambar ni Abang ceria.. alhamdulillah Abang dah sihat. Sejak dari hari tu, pergi jalan mana-mana Umi mesti bawak termometer, cool fever, dan ubat rectal. And of course, ubat demam.. Allah haafiz, syafakallahumma!
Abang sayang Umi!

Friday 15 July 2011

Abang vs. Adik




teka.. mana abang mana adik??

haaa....


Jom pi Umrah!






Assalamu`alaikum anak-anak Umi!



Lamanya Umi tak update. Niat Umi dulu nak jadikan blog ni tempat Umi bercerita pasal Abanglong.. Nampaknya sekarang Abanglong kena share dengan Asma' la.. Tapi sekarang Umi masih belum berkesempatan update blog ni selalu. Mahu tidaknya, Abanglong sorang pun Umi dah kelam kabut. Tambah pulak dengan Asma'. Anak-anak Umi semuanya ikut perangai Umi.. tak boleh tinggal seorang. Mesti nak berkepit dengan orang. Eheh.. padan muka Umi kena jaga antuma begitu gayanya. Tapi Umi tak kisah, sebab Umi sayang antuma.




Sekarang ni kita tengah bersiap nak pergi umrah. Abanglong akan pergi insya Allah kali kedua lah ni. Asma' pulak kali pertama. Dulu, masa pergi bawak Abanglong seorang, Umi ada nampak seorang makcik ni. Dia bawa anak dia. Umur anak dia mungkin dalam lingkungan 2-3 tahun. Budak lelaki. Agak nakal. Waktu makcik tu tolak dia dalam stroller, anak dia tu menyorot je badan turun ke bawah ikut lubang kaki.. tak dapat turun ikut situ, dia panjat ke atas nak cari jalan turun yang lain. Waktu Umi tengok tu, Umi fikir, "nasib baik Umi bawak Abdurrahman umur 3 bulan. Kalau dah pandai jalan jadi macam tu la kot!" Hehe, nampaknya Allah dengar apa yang Umi bisikkan. Dan sekarang Dia jemput kita lagi untuk uji Umi dengan Abanglong yang dah pandai jalan.. hehe.. Alhamdulillah!




Kalau antuma nak tahu, waktu pergi last year, Abanglong kuat tidur. Tiiiiiiidor aje kerjanya. Jadi apa-apa perkara yang Umi dan Abi nak buat pun jadi mudah waktu tu. Alhamdulillah! Untuk tahun ni, wallahu a'lam. Tak tahu lagi, sebab Abanglong dah pandai jalan. Asma' pula tak kuat tidur. Kalau berpeluk dengan orang tidur la. Tapi bila letak atas katil, or atas tilam.. Asma' pun buka mata! Heheh.. Semoga Allah mudahkan urusan kita sekeluarga untuk umrah kali ni.




Apa pun, Umi bersyukur sebab Allah jemput kita lagi. Dan kali ni, Insya Allah untuk sebulan ramadhan hingga selesai puasa sunat Syawal. Umi berdoa mohon Allah berikan kesihatan yang sempurna untuk kita semua. Dan yang paling Umi harapkan agar Allah terus memberikan kasih dan rahmat Nya yang tiada berprnghujung untuk kita sekeluarga, amin.




Umi sayang antuma!