Friday 27 July 2012

Happy times

Assalamu`alaikum, anak2 umi..

Today Umi nak share latest pics waktu kita tunggu Abi dalam kereta. Umi suka sangat tengok gambar-gambar ni sebab you both are so cute in your own ways.


Abdurrahman suka sangat bila Umi jadi 'monster' nak geletek Abdurrahman. Sunshade tu konon-konon Abdurrahman punya shield la. Nak cover dari Umi. Mengekek gelak.


Asma' pun tersengih-sengih tengok Abdurrahman gelak. suka sangat tengok Umi menyakat Abang ye?

Umi doakan Abdurrahman dan Asma' sentiasa bahagia dan gembira. Umi doakan anak-anak Umi sentiasa dilindungi Allah. :)

Adik sekarang dah tumbuh 4 batang gigi. Pandai jalan. Tak pandai cakap sangat lagi, setakat 'Abang' , 'Oma', 'Amma' dan 'nak je'. Tapi... Asma' pandai zikir. Alhamdulillah! Asma' suka sangat berzikir. Kadang-kadang 'Subhanallah'. Kadang-kadang 'Allah'. Tapi selalunya 'Allahu Akbar'. Kalau Asma' menangis Asma' sebut 'Allah', 'Allah'.. Kalau barang jatuh ke, nak amik barang ke, Asma' sebut 'Allahu Akbar'.

Sejuk hati Umi dengar. :)

Asma' selalu kena buli dengan Abdurrahman. Hehe.. bukan apa tu Asma' sayang, Abang tengah train Adik jadi tough! So, kuat ya, sayang!


Abdurrahman sangat petah bercakap sekarang ni. Tapi Umi belum boleh dengar Abdurrahman baca Fatihah. Cikgu Abdurrahman kata kat BBIM Abdurrahman dah boleh ikut. Kat Madrasah pun Ustazah ajar iqra' dah banyak huruf yang Abdurrahman kenal. Tapi bila dengan Umi Abdurrahman jadi malu. Memang Abdurrahman ni agak pemalu orangnya. Bila ada orang yang dia tak kenal tegur, dia buat sombong. Hmm.. tak baik sayang.

Abdurrahman ni sangat protective kadang-kadang tu.. Ada sekali Umi letih. Abdurrahman dan Adik dua-dua main-main tak nak pakai pampers, tak nak pakai baju. Puas Umi tarik, Asma' guling-guling. Sebelum tu Abdurrahman.

Last-last Umi kata: Umi letihla. Tak de siapa kesian kat Umi.

Abdurahman tiba-tiba jawab: Ada.

Umi: Siapa?

Abdurrahman: Abang la.

Abdurrahman pun bangun. Abdurrahman datang kat Umi dan peluk Umi sambil cium pipi Umi.

Alhamdulillah!

Umi sayang Abdurrahman dan Asma'!!


Ya Allah, lindungilah anak-anak Umi dalam lindungan kasih sayangMu yang Maha Agung.. Pelihara iman mereka, ya Rabb..Amin.