Monday 30 September 2013

Doa untuk anak

credit: anugerahQuran

Alhamdulillah, syukran Maklong untuk doa ni. Maklong sent through KakaoTalk.
Umi tak pernah lagi baca doa ni untuk antuma. Tapi Umi selalu amalkan baca doa syifa' supaya anak tidak degil. Alhamdulillah, setakat ini Allah izinkan antuma untuk dengar cakap Umi..walaupun ada juga kalanya antuma protes sikit-sikit. Adat la tu.. 

Doa yang Umi selalu baca tu begini tatacaranya: 

Al Fatihah - 1 kali
Ayat Kursi - 1 Kali
Selawat Syifa' - 11 kali
Ayat 200 dari surah Aali Imran (3:200) - 7 kali.


Lepas tu hembus ke ubun-ubun antuma. (kalau antuma jauh Umi tiup je).



Doa ni Umi ambil dari buku Ustaz Syarhan Syafi'e: penyembuh Syifa' melalui ayat Qur'an. Tajuk asal tak ingat. Umi mula baca untuk ceraikan Abdurrahman dengan puting. Macam magic rasanya bila Abang dengar cakap Umi untuk tak hisap puting lagi. Lepas dari tu Umi selalu baca tak kira waktu. Tapi selalunya pagi-pagi time Umi hantar antuma pergi sekolah. Antuma akan senyap dengar Umi baca. Kalau ada yang kacau pun, i.e. tanya soalan itu ini, Umi bolayan. Umi baca terus sampai habis. Heheh.. 


Wednesday 4 September 2013

Merdunya bacaan Qur'an ni..



Masya Allah, sedapnya bacaan ni.
Umi doa Abdurrahman dan Asma' boleh membaca dan menghafaz qur'an sebaik ini, insya Allah. aminn..