Wednesday 14 November 2012

Chicken Pox a.k.a. Demam Campak

Abdurrahman jebik nak tunjuk kat atas bibir pun ada campak.. syafakallah!
Tuesday, 13 November 2012, Abdurrahman is down with chicken pox. Though he loves chicken, it doesn't mean that he likes chicken pox as well. It started in his thigh area, up to his chest, up to his face, down to the belly, up again to his head. And right now Umi is patiently waiting for the spots to appear down on his legs and feet. If it does appear, then insya Allah it will starts to heal and the spots will disappear the way it came.

Alhamdulillah, Abdurrahman has not been affected by fever although in Malay in says Demam (Fever) Campak. Maybe because a day before that, he had a very bad allergic, i.e. gligata or lapar garam or kelopak garam (that's how the Malays call it ). At that time, his body temperature (or should Umi said head temperature, coz' only the head was hot) went up. Umi gave him PCM syrup as usual 5ml. Then alhamdulillah, it's gone.. but here came the chicken pox.

Abdurrahman has the regular symptom of chicken pox like the red ferrari  spots, and diarrhea.

His treatment for chicken pox? Rash cream, coconut water and lots of selawat syifa'.

Menu? Plain water, steamed/boiled food, totally no goreng-goreng, no kicap (FYI, Abdurrahman is HANTU KICAP), and no egg!

Bath? As usual, but no soap, please.

OK, that's the update for today. Be tough, Abang! Err, no school for Abdurrahman until he is totally cured. That means no school for Umi too? Hmm...(Do Umi jump happily or cry silently?) UWAAA!! Umi has Chapter One to send in, insya Allah.. hasbiAllahu wa nikmal wakeel!

Fi amaanillah!

Saturday 10 November 2012

Abdurrahman, tengok ni sahabat imam enta!



Umi doakan Abdurrahman akan berdiri sebagai imam juga macam sahabat enta ni. Amin ya Rabb!


Wednesday 31 October 2012

Jangan jadi orang yang ruuuugiii!

Abdurrahman, Asma'.. tengok ni sahabat antuma berpesan:



Jangan biarkan diri kita jadi orang yang rugi ya, sayang. Jom baca Qur'an!

"Ya Allah, jadikan kami dikalangan hambaMu yang mencintai alQur'an, yang membaca alQur'an, yang menghafal alQur'an dan yang mengamalkan alQur'an, amin ya Rabb!"


Tuesday 30 October 2012

Siri 0: Belajar dari Double A

Asma' comot makan ikan goreng kat tepi pantai Terengganu.. kat mana tah.. 

Kali ni Umi nak share dengan antuma apa yang Umi belajar dari antuma. Alhamdulillah, Allah berikan Umi taufik dan hidayah dalam membesarkan antuma. Satu..satu.. pengajaran yang Allah tunjuk. Alhamdulillah, sampai sekarang boleh kata ada je yang Umi belajar. Tentang kehidupan, tentang kejadian manusia, tentang alam. Semestinya Allah tunjukkan dari antuma..apa yang antuma buat, cakap dan respond. Alhamdulillah, Umi nak share dengan antuma, wahai Abdurrahman dan Asma'. Semoga bermanfaat buat kalian nanti ya.

Insya Allah, jika Allah izinkan ada beberapa siri ikut tajuk. Nanti Umi labelkan dengan 'parenting'. Kalau nak baca semua siri ni klik je kat label parenting, ok sayang? Hari ni Umi tak tulis lagi, sebab masih sibuk dengan data analysis Umi. Nanti dah reda sikit Umi updatekan. Tapi biasala Umi, time sibuk-sibuk gini dalam ilham nak menulis pun. Heheh.. ana asif...

OK, ilal liqo'. fi amaanillah.


Sunday 21 October 2012

Sama-sama

Abdurrahman pakai topi Ultraman time balik dari ADH

Ini Abdurrahman. Setakat Umi update entry ni, Abdurrahman umur nak masuk 2 tahun 8 bulan. Bercakap petah walaupun pelat sikit-sikit. Sekarang ni belajar peringkat KG1 (kindergarten year 1). Arab boleh sesikit. English sesikit. Melayu expert laa.. Tapi paling expert bab cari adik. "Umi, Adik mana?" "Umi, Adik buat apa?" Bangun pagi cari Adik dulu. Nak tidur cari Adik. Balik sekolah cari Adik. Nak pergi sekolah pun tanya Adik tinggal dengan siapa. Dan soalan-soalan tu tak jemu-jemu Abdurrahman tanya Umi.

Asma' sengih untuk Umi snap gambar. (susah wo nak amik ni, Asma' suka gerak-gerak!) 
Haa..ni Asma' a.k.a. Adik. Asma' sekarang 1 tahun 5 bulan. Aktif dan dah pandai solat juga. Lagi rajin dari Abdurrahman. Tapi sensitif sangat. Pantang diusik dek Abdurrahman, mesti menangis. Menangis pulak stok jerit punya! Allahu akbar.. Kengkadang berlari Umi datang cek, takut apa-apa jadi kat Asma'. Ingatkan luka ke, apa ke.. tapi takde apa pun. Bila tanya Abdurrahman, kenapa Adik nangis, Abdurrahman selamba je jawab, " Abang pukul." Hmm..

Tapi, Umi syukur pada Allah sebab anak-anak Umi ni sayang menyayangi. Umi doa Allah satukan hati-hati Abdurrahman dan Asma' dalam syariat Allah hingga ke jannah. Abdurrahman selalu pujuk Asma' lepas di'pukul'nya. Dan Asma' kalau Abdurrahman menangis pun, pandai dipujuknya Abangnya yang sorang tu.

Pesan Umi:
Jangan gaduh-gaduh ya, sayang. Main sama-sama. Belajar sama-sama. Hafaz Qur'an sama-sama. Makan sama-sama. Sama-sama ingatkan yang lain siapa lupa apa yang baik, ok? Kalau nak tegur Abang atau Adik, jangan kasar-kasar.. ingat Nabi sayang kita, kita kena sayang keluarga kita. Jaga diri dan iman sama-sama. Taat Allah sama-sama. Jangan tinggalkan Abang atau Adik, ok?


Bersiar-siar di kota suci Makkah dalam stroller 'Arab'.
Main guling-guling atas lantai bersama memang favourite korang!
Haa..buat apa tu??

Naik kete free kat Giantsama-sama .. Umi sukaa!
'Ala kulli hal, Umi suka dan syukur tengok anak Umi baik-baik sama-sama. Alhamdulillah. 
 Ingat ya pesan Allah dalam firmanNya dalam surah alBaqarah ayat 43. Maksudnya, "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk".

Buat baik sama-sama. Buat jahat jangan langsung.. 

Ya Allah, tetapkan kami bersama-sama orang-orang yang bertaqwa. Amin, ya Rabb!

Tuesday 9 October 2012

Akedemi Darul Huffaz

Abdurrahman: "Umi, Abang dah kabiirr!"



1 Oktober baru ni Abdurrahman start sekolah di sekolah baru. Tak pergi dah BBIM. Entahlah kenapa, tapi Abdurrahman tak suka sangat pergi sekolah tu. Umi rasa bersalah juga sebab waktu daftarkan Abdurrahman ke BBIM dulu Umi terburu-buru. Tak buat istikharah macam biasa. Hasilnya Abdurrahman sekejap ON sekejap OFF. Sekejap suka sekejap tak suka. Pagi-pagi puas memujuk nak ke sekolah. Kalau malamnya tidur awal, tahanlah sikit. Tak begitu meragam. Tapi kalau tak cukup tidur, jawabnya ke school Mama Iman jer lah hari tu.

Environment BBIM taklah begitu Islamic. Tapi bukan salah BBIM, cuma parents yang menghantar anak-anaknya begitu vogadibas pada pandangan Umi. BBIM sekolah yang bagus dari segi approach dan apparatus. Auntie-auntienya baik-baik dan cute-cute. Heheh.. In fact, principalnya very motherly. Tapi anak-anak itu datang dari pelbagai latar keluarga. Mungkin Abdurrahman tak 'masuk' dalam kelompok mereka yang berada.

Di sekolah baru ni, Akademi Darul Huffaz: International Tahfiz and Science Academy, pelajarnya pula datang dari pelbagai budaya. 90% pelajar luar negara. Kebanyakannya anak-anak pelajar dan pensyarah UIA. Mungkin sebab dekat dengan UIA. Oh ye, ADH ni ibu pejabatnya di Kajang. Tapi, Umi hantar Abdurrahman cawangan Gombak. Jadi, Abdurrahman dah biasa dengan kelompok anak-anak pelbagai warna kulit ni. Sebab dia biasa dengan 'kawan-kawan'nya di UIA. Kebanyakannya datang dari Sudan, Nigeria, dan negara Afrika yang lain. Adalah dua tiga orang anak orang Arab dan seorang dua anak China tanah besar. Melayu mungkin Abdurrahman sorang je. Hehe..

Abi yang buat research. Umi buat istikharah. Insya Allah, Umi doakan Abdurrahman akan lebih tenang dan 'masuk' kat sini. Sekolah ni koboi je. Tak ada deco-deco yang cantik macam BBIM. Cuma ada lukisan mural gambar unta dan beberapa kuntum bunga. Kelasnya simen hitam beralaskan tikar getah yang dah usang. Hari pertama Abdurrahman pulang dari sekolah kakinya hitam legam. Bukan kata kelabu asap, tapi hitam! Heheh..

ADH Gombak ni juga tak luas mana. Maklumla, sebuah unit shoplot saja. Tempat assembly pelajar di ruang depan pintu masuk. Ada sebuah gelongsor kat situ. Abdurrahman dah cukup bahagia dengan 'peygon' (playground) yang satu tu. Sampai-sampai ke sekolah peygon itu yang ditujunya dulu.

Assembly para pelajar bermula dengan bacaan surah Fatihah oleh semua pelajar. Diikuti dengan 3 Qul, dan doa pagi. Semuanya berbahasa Inggeris dan Arab. Paling mengagumkan Umi, seorang pelajar perempuan comel yang bernama Eeman. Usianya baru 2tahun 8 bulan. Tua sebulan dari Abdurrahman. Tapi dah masuk dekat setahun. Dia lancar membaca kesemua surah-surah tu! Masya Allah. Doa Umi Abdurrahman pun boleh juga nanti.

Hari ketiga Abdurrahman balik dari ADH Umi dengar Abdurrahman membaca Basmallah. Ya Allah! Sejuk hati Umi. Dari lahir Umi ajar Abdurrahman kalimah yang satu tu.. baru ni Umi dengar Abdurrahman sebut. Walaupun pelat tapi jelas Basmallah. Alhamdulillah!

Oh yer, waktu kat BBIM Abdurrahman dah dapat menghafal 3 ayat dari surah AlQari'ah. Itu untuk preparation graduation mereka. Sayang Abdurrahman tak sempat habis. Umi sambung dirumah. Harapnya dapat teruskan hafalan tu.

Kat ADH Gombak ni Abdurrahman bawa bekal sendiri. Sebab outlet dia koboi je kan, so tak ada dapur atau pantry untuk sediakan makanan. Lagipun pelajarnya perbagai budaya. Mungkin takut tak makan nanti kalau disediakan makanan sejenis saja. Setakat ni, bekal Abdurrahman selalu habis. Paling Abdurrahman suka nasi goreng kicap telur. Kalau nugget tak dimakannya, tapi Abdurrahman kata dia bagi kat kawan-kawan. :)

Apapun, Umi doakan Allah bukakan hati Abdurrahman dan Asma' untuk mencintai ilmu dan suka belajar. Allhumma Rabbi zidna 'ilman wa fahman. Amin Ya Rabb. 

Friday 27 July 2012

Happy times

Assalamu`alaikum, anak2 umi..

Today Umi nak share latest pics waktu kita tunggu Abi dalam kereta. Umi suka sangat tengok gambar-gambar ni sebab you both are so cute in your own ways.


Abdurrahman suka sangat bila Umi jadi 'monster' nak geletek Abdurrahman. Sunshade tu konon-konon Abdurrahman punya shield la. Nak cover dari Umi. Mengekek gelak.


Asma' pun tersengih-sengih tengok Abdurrahman gelak. suka sangat tengok Umi menyakat Abang ye?

Umi doakan Abdurrahman dan Asma' sentiasa bahagia dan gembira. Umi doakan anak-anak Umi sentiasa dilindungi Allah. :)

Adik sekarang dah tumbuh 4 batang gigi. Pandai jalan. Tak pandai cakap sangat lagi, setakat 'Abang' , 'Oma', 'Amma' dan 'nak je'. Tapi... Asma' pandai zikir. Alhamdulillah! Asma' suka sangat berzikir. Kadang-kadang 'Subhanallah'. Kadang-kadang 'Allah'. Tapi selalunya 'Allahu Akbar'. Kalau Asma' menangis Asma' sebut 'Allah', 'Allah'.. Kalau barang jatuh ke, nak amik barang ke, Asma' sebut 'Allahu Akbar'.

Sejuk hati Umi dengar. :)

Asma' selalu kena buli dengan Abdurrahman. Hehe.. bukan apa tu Asma' sayang, Abang tengah train Adik jadi tough! So, kuat ya, sayang!


Abdurrahman sangat petah bercakap sekarang ni. Tapi Umi belum boleh dengar Abdurrahman baca Fatihah. Cikgu Abdurrahman kata kat BBIM Abdurrahman dah boleh ikut. Kat Madrasah pun Ustazah ajar iqra' dah banyak huruf yang Abdurrahman kenal. Tapi bila dengan Umi Abdurrahman jadi malu. Memang Abdurrahman ni agak pemalu orangnya. Bila ada orang yang dia tak kenal tegur, dia buat sombong. Hmm.. tak baik sayang.

Abdurrahman ni sangat protective kadang-kadang tu.. Ada sekali Umi letih. Abdurrahman dan Adik dua-dua main-main tak nak pakai pampers, tak nak pakai baju. Puas Umi tarik, Asma' guling-guling. Sebelum tu Abdurrahman.

Last-last Umi kata: Umi letihla. Tak de siapa kesian kat Umi.

Abdurahman tiba-tiba jawab: Ada.

Umi: Siapa?

Abdurrahman: Abang la.

Abdurrahman pun bangun. Abdurrahman datang kat Umi dan peluk Umi sambil cium pipi Umi.

Alhamdulillah!

Umi sayang Abdurrahman dan Asma'!!


Ya Allah, lindungilah anak-anak Umi dalam lindungan kasih sayangMu yang Maha Agung.. Pelihara iman mereka, ya Rabb..Amin.


Saturday 28 April 2012

Happy Birthday, Asma'!



Asma' lahir setahun yang lalu di Pusat Perubatan Kohilal di Taman Melawati, Selangor. Tepat jam 12 tgh malam, Umi masuk bilik pembedahan. Tu pun lepas seharian Umi tunggu.. heheh.. Asma' kecik sangat. Berpusing-pusing dalam perut. Lepas tu Asma' tak turun-turun sebab terlekat kat tepi, sebelah kanan rahim Umi. Aduhai.. Jadi Doktor Marsita yang baik hati pun kata, nak bedah tak? :)


Alhamdulillah, Asma' selamat lahir.. kecik sangat tapinya. 2.3kg. Sekarang ni dah 8.5kg. Alhamdulillah. So, 3hb Jamadil Akhir baru ni, Umi masak spaghetti oleo dan buat jelly hantar kat Taska Asma'. Ustaz Muntasar bacakan bacaan Maulid dan doa.  


Umi doakan Asma' sihat selalu, membesar sebagai anak yang solehah dan bijak sebagai 'alimah wal haafizah. Umi doakan Asma' dilapangkan rezeki dan dimudahkan urusan dunia akhirat. Umi doakan Asma' will be outstanding in your performance fid dunya wal aakhirah! (pinjam doa Dr. Marsita) 


So, ni Umi nak share resepi spaghetti oleo Umi yang femes nih. Resepi ni Umi belajar dari Maksu Noni. Ala, diakan stewardess, makan pun yang kelas-kelas gitu. Umi belajar masak hands on tengok dia masak. Tapi Umi alter ikut apa yang ada. Heheh.. Favourite Abi ni, tau. Untuk Abdurrahman dan Asma' Umi tak letak cili. Nanti dah besar, Asma' pulak masak untuk Umi ya, sayang. 


Mula-mula, kita perlukan:


Bawang besar dan bawang putih.. chop chop..
Cili capsicum hijau, kuning (dan merah kalau ada), tomato, dan timun jepun. Semua dadukan kecik-kecik.
Sotong
Udang
Spahetti..rebus dulu aa..
Herbs untuk pasta (kalau ada oregano je pun dah cukup), chilly flakes, dan kiub ayam.
Tadaaa!! Dah siap!
Alaa.. lepas tumis bawang, buh herbs and chilly flakes. Masuk kiub ayam and garam. Campak udang and sotong. Campak capsicum and timun. Campak spaghetti. Kacau kacau kacau.. last sekali baru buh tomato.. Kalau buh awal hancur nanti. 


Jangan lupa bismillah and selawat waktu mula nak masak ya, Asma'. 


Ni jelly buah-buahan.. Sedap jugak.. kott... :)


Ok.. nanti Umi share lagi resepi yang keluarga kita suka. 


Ya Allah, kurniakan kami nikmat yang berkat agar kami bahagia dunia akhirat, amin. 





Thursday 12 April 2012

Daily story..

Abdurrahman's first school work brought back home. 

From BBIM to Tahfiz al Masri. Cheerful and playful. 

But most of the time it was like this.. heheh.. Abdurrahman falls asleep right before a corner to Tahfiz al  Masri. Hmm.. cian anak Umi, letih ya Abang?  

Umi cannot leave both of them alone now since Abdurrahman knows his way into Asma's playpen. Looking at Umi grabbing her phone, Abdurrahman quickly grabs Asma's head to pose for Umi. :D 

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan".

-surah Ibrahim: 40-41  

Tuesday 3 April 2012

English or Arabic?


Yesterday was Abdurrahman's first day at his playschool. Yup! He is now a registered kiddy at Brainy Bunch Islamic Montessori. We signed him up at Wangsa Maju branch. It's very costly. And the place is quite far from home. So to get him there at 8:00a.m and to fetch him at 12:00 noon will be Ummi's additional chores from now on. Hehee.. But Ummi really hope that the Islamic Montessori method will payoff in short period of time. 


After 12, Ummi will send Abdurrahman straight to Tahfiz Darul Masri where Asma' is already there. They will be under Mama Iman's care until 5:00p.m. Hmm, lots of place to be in one whole day, eh, Abdurrahman? Well, I guess it's quite tiring for him too, but in one or two weeks, Ummi hope Abdurrahman will get use to it. 


BBIM is conducting their playschool using 100% English medium. While in Tahfiz Masri, Abdurrahman gets his Arabic language course from 3 Arabic teachers who speaks very little Malay. Thus, I can say a 100% Arabic medium as well. Will he be confused? Well, according to the research, NO! Interesting, eh? Here is what they say: 
Rather than causing any difficulties, learning two languages 
at once may confer cognitive advantages to babies, 
including not just special auditory sensitivity, 
but enhanced visual sensitivity as well.


Another said:
Studies have shown that kids who grow up with two 
languages are better at certain tests of 
"executive function" — a crucial skill that allows us to 
pay attention, focus, plan, and decide.


Ummi is not worried either. Since Ummi has done her research waaay back then! Yeay! Hurray for Ummi! :D


Above all, Ummi always du'a for both Abudrrahman and Asma'. 
"Allahumma faqqih huma fid deen, wa 'allim huma bi takwil, Amin Ya Rabb!"






Source: 
1. What Bilingual Babies Reveal About the Brain: Q&A with Psychologist Janet Werker
2. Raising Bilingual Kids: Does foreign language learning promote child development?



Wednesday 14 March 2012

Makan time...


Buat masa ni, sampai masa Umi update entry ni, Abdurrahman tak kuat sangat makan. Sarapan langsung tak minat. Tengahari tengok keadaan. Kalau ada permainan, permainan comes first. Minum petang selalunya banyak kalau tengahari tak makan. Malam pun tengok jugak, kalau siang dah makan banyak, malam tak makan..main-main je. Dengan orang lain Umi tak tau.. maksud Umi waktu Abdurrahman di sekolah, makan macamana. Tapi kalau dengan Umi, jarang Abdurrahman nak Umi suap. Mesti nak makan sendiri. Jadi, banyaknya main jer lah. Heheh.. 


Kalau duduk di kerusi makan tu, sekeliling Abdurrahman mesti bersepah. Bukan kata sepah aje, berair, berabuk, berantakan.. Hahahaaa... Yang jadi mangsa kemas (selain Umi) ialah Kak Ene. Kak CT kadang-kadang je sebab dia work tak ikut time.. (Abdurrahman selalu kata: Kak Chiti work!) Lantai spot Abdurrahman makan tu walaupun baru lepas mop, mesti nampak macam bertahun tak cuci bila Abdurrahman lepas makan. 


Kalau dalam kereta atau di luar, Abdurrahman suka makan. Bagilah apa aje. Selalunya Abdurrahman tak tolak.. kecuali ada mainan. eehee.. Dan bagi makanan jugak ialah cara Umi nak keep Abdurrahman stay in focus, tak meragam nak macam-macam. 


Dulu Abdurahman tak kedekut. Kalau sesiapa saja mintak makanan yang ada pada Abdurrahman, dia mesti bagi. Kalau tak ada di tangan, Abdurrahman bagi yang dalam mulut! Tapi sekarang ni, dah pandai taknak bagi orang.. takut habis ke? Jangan Abang Long.. lagi banyak kita bagi orang, lagi banyak Allah ganti untuk kita. Ingat tu! Doa Umi, in future, Abdurrahman akan jadi pemurah, sehebat nama Abdurrahman itu sendiri. Amin. 

Ok, dah makan mesti minum air..

Abdurrahman cukup suka minum air. Main air laagi suka. :) Tak kira air apa, semua nak minum. Paling Umi tak gemar bila baju Abdurrahman basah dek air yang diminum. Aduhai.. sehari salin baju entah berapa pasang. Jenuh nak membasuh. Apa pun, alhamdulillah Abdurrahman sihat. Badan terus membesar, berat naik sekata. 

Tambahan berat badan naik lagi bila Abdurrahman bercerai puting pada umur 2 tahun. Thanks tu Mama Iman, dia kata dia buang puting when Abdurrahman hilangkan puting tu dekat rumah dia. Malam pertama tak ada puting tu tak boleh tidur. Tidur 1 jam jaga. Tidur lagi jaga. Tidur jaga..tidur jaga.. sampai ke subuh. Second day lagi teruk. Siang tu dah mengamuk-ngamuk tak ada puting. makan tak nak, minum tak nak.. nak atingg..nak atingg.. *puting le tu*..

Umi pun ambil air segelas, Baca Al-Fatihah, baca Ayat Kursi, dan Al-Ikhlas 3 kali. Niat, "Ya Allah, berkat QulhuAllah Mu ini, Kau jadikanlah anak aku lupa pada puting dia, damaikanlah hatinya, sihatkanlah tubuh badannya". Hembus pada air, selawat dan bagi Abdurrahman minum. 

Alhamdulillah, lepas minum Abdurrahman terus senyap daripada meronta-ronta sebelum tu. Suruh makan, dia makan.. minum. Bawak naik ke bilik.. main macam biasa.. Umi suspen jugak.. Tunggu, bila Abdurrahman nak sebut pasal puting. Tak sebut dah.. sampai malam, ada jugak la sekali dua sebut, tapi dalam keadaaan yang jauh lebih terkawal. Alhamdulillah! Ya Allah! Syukur!!

So, ini gambar terakhir Abdurrahman dengan puting kesayangannya. Beli kat Madinah tu, ganti yang hilang di sana. 

Umi: Abdurrahman sayang, puting enta sebenarnya ada lagi.. infact ada dua. Dua-dua Umi simpan baik-baik lepas Abdurrahman stop hisap puting. Nanti kalau sempat Umi masukkan entry gambar-gambar puting enta ya! (Banyak oo!)


 Ya Allah, Lindungilah anak-anakku setiap waktu, kuatkan iman mereka, amin ya Rabb!



Tuesday 13 March 2012

Jom masuk bakul!

Abang! Tengok Adik masuk bakul kain Umi!

Bestnyerr! abang nak masuk jugak boleh?

Umi! Tengok kitorang duduk dalam bakul Umi!!

Friday 2 March 2012

2 years of excellence


Alhamdulillah! Abdurrahman dah umur 2 tahun. Maulidurrasul yang baru ni, Abi dan Umi adakan sekali sambutan Maulid Nabi dan maulid Abdurrahman. Gambar ni was taken on the 26th February 2012. Abdurrahman dah besar, pandai macam-macam. Tapi satu yang tak tahan, Abdurrahman suka buli adik. Heheh.. Abang rasa Umi dan Abi tak sayang Abang ke? Mana ada.. Umi dan Abi saaaaayaangg Abang.. Sama macam sayang Adik. Sikit tak kurang dan tak lebih. Sama je.. In fact, Umi sayang Abang lebih setahun.. sebab Abang keluar awal setahun.. heheheee..

Umi doakan Abdurrahman terus jadi anak soleh dan abang yang baik untuk Adik. Setakat ni, alhamdulillah, Abdurrahman dah pandai cakap arab sikit-sikit. Bila Mama Iman cakap arab dengan Abdurrahman, dia faham. Orang ingat dia anak arab. Mama Iman cakap: taakk, dia melayu punya! Hehe..

Umi doakan Abdurrahman sihat selalu dan ditambah iman setiap hari. Umi doakan siapa sahaja yang berkawan dengan Abdurrahman akan sayang pada Abdurrahman. Alhamdulillah, rezeki Abdurrahman juga lapang dengan kasih sayang dari orang sekelilingnya.  Baru ni Abdurrahman dapat set mainan kereta, Wan hadiahkan. Pistol laser hadiah dari Atuk. Kak CT belikan basikal. Kak Ene belikan sepasang baju. Umi dapatkan abang buku pop-up tentang kereta dan ensiklopedia haiwan. Abi hadiahkan coklat, kambing golek, mainan dan baju tidur baru. Hari 26hb tu Umi masakkan nasi rempah ayam goreng yang Abdurrahman suka. Umi buat jugak agar-agar coklat untuk Abdurrahman. dua hari lepas beli kek cawan angry bird untuk Abdurrahman. Emm.. nyum..nyum.. Abdurrahman suka sangat!
Alhamdulillah!

Umi doakan lagi Abdurrahman panjang umur dalam keberkatan hidup menuju Ilahi. Semoga Allah limpahkan taufik dan hidayahnya pada Abdurrahman seluas kasih sayang Rabbul Jalil itu sendiri, amin ya Rabb!

 

Tuesday 17 January 2012

The pony-tailed Adik

Rambut Adik dah panjang, alhamdulillah. Sejak lahir rambut Adik memang lebat. Adik tak experience "makan bantal". Meaning, rambut Adik tak de area yang botak lepas cukur. Metabolisme Adik tinggi, jadi Adik cepat dan senang berpeluh. Tidur dalam air-con pun bantal boleh basah dek peluh Adik. Kalau di luar bilik apatah lagi. Jadi Abi belikan Adik satu set getah rambut comel. Ummi ikat rambut Adik. Hasilnya: Adik jadi laaagi comel. Abang tengok, dia pun teringin jugak. 


"ummi, ummi, nih..nih.." tergawang-gawang tangan Abang menggayakan supaya rambutnya diikat. Sama macam rambut Adik. 


Ummi jawab Abang lelaki, tak payah la ikat. 


Abang buat lagi gaya yang sama. Mungkin dia ingat Ummi tak faham apa yang diinginkannya. "Ummi, ummi, niii..." Abang mendesak lagi. Rambutnya ditarik-tarik ke atas suruh diikat. 


Ummi jawab getah tak ada. Lagipun rambut Abang pendek. Mana boleh ikat. 


Abang berlari cari getah. Dapat. 


Alamak.


Ummi kena la ikat. Sambil ikat mulut Ummi cot cet cot cet bagitau Abang yang orang lelaki tak ikat rambut sebab rambut pendek. 


Abang suka hati. Hasilnya:


Ya Allah, rabbij 'alni muquumaassolaati wa min zurriatii.. Amin ya Rabb!

Thursday 5 January 2012

Abdurrahman and Asma' - Januari 2011



Abdurrahman
  • age: 23 months
  • weight: 13 kg
  • always smiling
  • favourite food: spaghetti bolognese, and anything with banana
  • favourite drink: anything icy (aiiiee! aiiiee!!)
  • knows the difference between real keys and unused ones
  • loves to perform solat even in moving cars!
  • favorite person: adiikk!!

Asma'
  • age: 8 months
  • weight: 8 kg
  • has a smile that melts your heart!
  • favourite food: umi's milk
  • favourite drink: umi's milk
  • constantly trying to catch umi's attention
  • favourite person to date: umi!!
  • skill: intro to crawling

Both has been accepted at Tahfiz Darul Masri at Sri Gombak. Yes! At their age, alhamdulillah! Their teacher: Ustazah Iman is a wonderful motherly teacher who speaks Arabic with them despite all. Umi prays that antuma will at least understand arabic after three or two months with Mama Iman. They will go for school at 9 .a.m and will be fetched before 5 p.m., but usually at 3.

So far, both will cry when they were sent in the morning and cry again when seeing Umi coming for them in the afternoon. But it's ok, all for the sake of knowledge. Hehee.. Rabbi yassir wa laa tu'assir!

Rabbi zidna 'ilman! Amin ya Rabb!