Tuesday 15 January 2013

Siri 1: Belajar Dari Double A

Selamat Dalam Rahim Ibu

credit: reachingforsoul.wordpress.com

Waktu mengandungkan Abdurrahman, buat pertama kalinya Allah bagi Umi nikmat merasakan betapa besarnya kuasa Allah Yang Maha Agung. Bukan bermaksud sebelum tu Umi tak nampak kuasa Allah. Tetapi kali ni, dalam keadaan Umi sedar tiada kuasa lain yang mampu menghidupkan dan mematikan, Allah izinkan satu nyawa dihidupkan dalam rahim Umi! Subhanallah!


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" surah ar Rahman:16.

Dari waktu Umi dapat tahu Umi mengandungkan Abdurrahman, Umi mula menjaga baby Umi ni. Umi jalan perlahan-lahan. Umi naik tangga perlahan-lahan. Umi tak lompat-lompat macam selalu. Umi makan makanan yang berkhasiat. Umi tidur dalam keadaan Umi tak  nak baby Umi tu sakit kena penyet. Eheh.. Umi tak angkat berat-berat, takut tekanan dalam perut. Umi tak mandi malam takut baby Umi sejuk duduk dalam perut Umi. Dan seribu satu macam lagi yang Umi buat dan tak buat. Demi nak menjaga baby Umi. 

Dalam pada itu, hati Umi juga sentiasa bimbang. Umi tak boleh nak pegang baby Umi. Umi tak boleh nak tengok baby Umi. Umi tak boleh nak dengar baby Umi. Umi susah hati. Kadang-kadang, bila baby Umi tak bergerak dalam sehari - dua hari, Umi rasa nak berlari pergi kat Dr. Marsita nak suruh dia scan perut Umi guna scanner 4D dia tuh. Nak tengok baby Umi, nak dengar denyut jantung dia. Allah..

Allah ingatkan dalam surah Luqman ayat yang terakhir:

"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung)…"


credit: nativevillage.org


Umi belajar pelajaran 1: Allah Maha Kuasa. Allah Al Muhaimin. Allah Maha Menyintai dan Maha Memelihara. 

Sekuat mana kasih sayang Umi, kuat lagi cinta Allah pada ciptaanNya. Sehebat mana Umi cuba untuk menjaga baby Umi, Maha Hebat Allah Memelihara. 

Allah pelihara kita sewaktu kita duduk di dalam rahim ibu. Allah hadirkan rasa selamat untuk kita di waktu tiada siapa yang mampu untuk memegang, melihat atau mendengar kita di alam rahim. Allah rezekikan kita dengan khasiat untuk kita sihat membesar walaupun tersorok di dalam rahim seorang ibu. 

Kasihnya Allah pada kita, selama 9 bulan Allah pelihara kita tanpa kurang sikit pun keperluan kita. Tapi kita bila dah dilahirkan, kita ragu-ragu dengan kasih sayang Allah. Kita tak yakin dengan janji Allah untuk rezeki kita, untuk masa depan kita. Lalu, kita cari selain Allah. Kita ingkar pada suruhan Allah. Kita buat mudah pada laranganNya. Ya Allah, sombongnya kita! Astaghfirullah!! 

Ya Allah, kembalikan kami pada fitrah. Kembalikan kami bersih dari segala dosa. Nastaghfirullah! 


credit: szlihin.com


Anak-anak Umi, 

Allah ingatkan juga dalam surah al An'am ayat 98:

"Dan Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi) dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur)…"

Di alam rahim kita bersendiri, di alam barzakh kita bersendiri. 

Di dalam rahim ibu kita dipelihara oleh Allah, di dalam kubur nanti juga kita dipelihara oleh Allah. 

Jadi, janganlah kita lupakan Allah sewaktu kita hidup di muka bumi ni. Ingat ya, sayang. 


"Allahummakhtim la na  bi husnil khotimah, wa laa takhtim alaina bi suu'il khotimah"
Ya Allah matikan kami dengan Husnul Khotimah, jangan matikan kami dalam Su'ul Khotimah"

Amin Ya Rabb. 



Thursday 3 January 2013

Usaha kerana Allah

Abdurrahman makan honey dew di kantin Education lepas solat Jumaat


Alhamdulillah, Umi panjatkan setinggi-tinggi syukur pada Allah atas kurniaNya pada Umi dan Abi. Abdurrahman ditunggu 13 tahun, sekarang dah hampir nak 3 tahun umur enta. 21 hari lagi insya Allah.

Dalam usianya nak masuk 3 tahun ni, banyak pencapaiannya menyenangkan hati Umi. Abdurrahman dah boleh jaga Adik, boleh tolong Umi, pandai ambil hati. Abdurrahman jugak rajin baca buku dan mengaji walaupun tak betul sangat bacaannya. Baca buku tu maksudnya Umi la tukang baca/cerita pada Abdurrahman.

Lately ni Abdurrahman pandai tak mau pi sekolah. Mungkin seronok cuti kot. Oh ye, cuti enta of course la tak sama dengan orang lain. Sekolah enta kan ikut kalendar sekolah antarabangsa.. i.e. ikut universiti. So, cuti sama dengan Umi la nanti. Hari ni Abdurrahman dalam cubaannya yang entah kali ke berapa, cuba untuk skip school lagi.


Abdurrahman: Umi, hari ni Abang nak pergi school Umi. School Umi yang ada Allaaahu akbar! (sambil menggayakan orang mengangkat takbir dalam solat). Boleh Umi bawak Abang pergi school Umi?

Umi: Boleh, tapi...

Abdurrahman: Terima kasih Umi. Terima kasih bawak Abang pergi school Umi. Abang I love you.

Umi: Boleh Abang, tapi bukan hari ni. Nanti cuti ya, waktu malam, bukan siang.  (Umi dan Abi selalu bawak Abang dan Adik ke Masjid UIA untuk solat Isyak time cuti hujung minggu).


Hmm.. cubaan Abang gagal kali ni, tapi takpe Abang.. teruskan usaha! Ganbate! Laa tai'asu! Pesan Umi, berusahalah setiap kali. Cuma jangan tinggalkan sandaran usaha kita tu pada Allah. Maksud Umi, apa-apa yang kita buat mesti kita fikirkan apa kebaikannya untuk kita di akhirat nanti? Nabi suka tak kita buat sesuatu tu? Allah pula macamana? Kalau usaha kita hanya nak untung di dunia tanpa fikirkan balasan di akhirat, itu bukan cara hidup Muslim.

Ingat pesan Allah dalam surah Hud ayat 15 dan 16:

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan".

Nanti Abdurrahman dan Asma' tanya ustaz untuk penjelasan lanjut ayat ni ya, sayang. OK, just ingat, laa tai'asu - jangan putus asa! Especially dari rahmat Allah yang Maha Penyayang!