Thursday 20 August 2015

Swimming, jom!

huhu..

Assalamu'alaikum,

Hai, lamanya Umi tak update blog ni. Setahun lebih tu.. In sha Allah, Umi akan aktif balik mengupdate cerita-cerita terkini dan berkongsi ilmu dengan Abdurrahman dan Asma', ok sayang?

Dah setahun berlalu. Tentulah Abdurrahman dan Asma' pun bertambah umur setahun lagi, kan? Abang dan Adik dua-dua dah jadi pelajar Pusat Pengajian AlQur'an al Itqaan (PPQI).. a.k.a Itqaan. Alhamdulillah. 

Pengambilan Disember tahun lepas, sekarang dah tengah tahun. Alhamdulillah, Asma' progresses really really well. Abang... hmmm, Abang banyak main ya, sayang? Untuk subjek Iqra', Abdurrahman buku 4, Asma' buku 3. Untuk Subjek Anakku, Abdurrahman buku 7, Asma' buku 6! See, kan Umi cakap Asma' laju.. Hmm, Umi kena buat sesuatu lah dengan Abang ni.

Sekarang Abdurrahman ambil kelas swimming. Alhamdulillah, Umi tengok Abang minat.. so cepat belajar. Baru 3 kelas, tapi Abang dah boleh buat semua yang diajar dengan baik. Kalau ada ibu-ibu kat luar sana cari kelas swimming untuk toddlers, boleh cuba check Hawary Sports Center. Dia ada buat private classes juga kalau nak. Umi pernah call kelas renang lain, tapi mereka tak ambil pelajar semuda 4 atau 5 tahun. HSC ni ambil. Cuma yang 4 tahun dia kena tengok dulu, faham arahan ke tak. Kalau tak faham, tak boleh lah join

Asma' tak masuk kelas ni sebab Asma' freaked out during the first class. Haha! Cian dia... dah third class baru nak join. Abi kata takyah lah.. next sem je lah. Oh ye, HSC punya kelas ikut semester. Satu semester 3 bulan. Yuran RM300 satu semester. Pelajar perlu pakai pakaian renang yang sesuai, ada goggles dan swimming board (ala, pelampung macam surf board tu.. tapi kecik). So far so good. Niat Umi, bila Abdurrahman dan Asma' dah boleh berenang, Umi tak perlulah seksi-seksi lagi di kolam renang awam sebab kena jaga antuma. In sha Allah, antuma boleh jaga diri sendiri, sambil Umi jeling-jeling dari tempat kering. Hehe..


Ok. In sha Allah sambung lagi nanti. Ilal liqo' :)


Ya Allah, tunjuki kami jalan yang benar, amin.