Tuesday 9 October 2012

Akedemi Darul Huffaz

Abdurrahman: "Umi, Abang dah kabiirr!"



1 Oktober baru ni Abdurrahman start sekolah di sekolah baru. Tak pergi dah BBIM. Entahlah kenapa, tapi Abdurrahman tak suka sangat pergi sekolah tu. Umi rasa bersalah juga sebab waktu daftarkan Abdurrahman ke BBIM dulu Umi terburu-buru. Tak buat istikharah macam biasa. Hasilnya Abdurrahman sekejap ON sekejap OFF. Sekejap suka sekejap tak suka. Pagi-pagi puas memujuk nak ke sekolah. Kalau malamnya tidur awal, tahanlah sikit. Tak begitu meragam. Tapi kalau tak cukup tidur, jawabnya ke school Mama Iman jer lah hari tu.

Environment BBIM taklah begitu Islamic. Tapi bukan salah BBIM, cuma parents yang menghantar anak-anaknya begitu vogadibas pada pandangan Umi. BBIM sekolah yang bagus dari segi approach dan apparatus. Auntie-auntienya baik-baik dan cute-cute. Heheh.. In fact, principalnya very motherly. Tapi anak-anak itu datang dari pelbagai latar keluarga. Mungkin Abdurrahman tak 'masuk' dalam kelompok mereka yang berada.

Di sekolah baru ni, Akademi Darul Huffaz: International Tahfiz and Science Academy, pelajarnya pula datang dari pelbagai budaya. 90% pelajar luar negara. Kebanyakannya anak-anak pelajar dan pensyarah UIA. Mungkin sebab dekat dengan UIA. Oh ye, ADH ni ibu pejabatnya di Kajang. Tapi, Umi hantar Abdurrahman cawangan Gombak. Jadi, Abdurrahman dah biasa dengan kelompok anak-anak pelbagai warna kulit ni. Sebab dia biasa dengan 'kawan-kawan'nya di UIA. Kebanyakannya datang dari Sudan, Nigeria, dan negara Afrika yang lain. Adalah dua tiga orang anak orang Arab dan seorang dua anak China tanah besar. Melayu mungkin Abdurrahman sorang je. Hehe..

Abi yang buat research. Umi buat istikharah. Insya Allah, Umi doakan Abdurrahman akan lebih tenang dan 'masuk' kat sini. Sekolah ni koboi je. Tak ada deco-deco yang cantik macam BBIM. Cuma ada lukisan mural gambar unta dan beberapa kuntum bunga. Kelasnya simen hitam beralaskan tikar getah yang dah usang. Hari pertama Abdurrahman pulang dari sekolah kakinya hitam legam. Bukan kata kelabu asap, tapi hitam! Heheh..

ADH Gombak ni juga tak luas mana. Maklumla, sebuah unit shoplot saja. Tempat assembly pelajar di ruang depan pintu masuk. Ada sebuah gelongsor kat situ. Abdurrahman dah cukup bahagia dengan 'peygon' (playground) yang satu tu. Sampai-sampai ke sekolah peygon itu yang ditujunya dulu.

Assembly para pelajar bermula dengan bacaan surah Fatihah oleh semua pelajar. Diikuti dengan 3 Qul, dan doa pagi. Semuanya berbahasa Inggeris dan Arab. Paling mengagumkan Umi, seorang pelajar perempuan comel yang bernama Eeman. Usianya baru 2tahun 8 bulan. Tua sebulan dari Abdurrahman. Tapi dah masuk dekat setahun. Dia lancar membaca kesemua surah-surah tu! Masya Allah. Doa Umi Abdurrahman pun boleh juga nanti.

Hari ketiga Abdurrahman balik dari ADH Umi dengar Abdurrahman membaca Basmallah. Ya Allah! Sejuk hati Umi. Dari lahir Umi ajar Abdurrahman kalimah yang satu tu.. baru ni Umi dengar Abdurrahman sebut. Walaupun pelat tapi jelas Basmallah. Alhamdulillah!

Oh yer, waktu kat BBIM Abdurrahman dah dapat menghafal 3 ayat dari surah AlQari'ah. Itu untuk preparation graduation mereka. Sayang Abdurrahman tak sempat habis. Umi sambung dirumah. Harapnya dapat teruskan hafalan tu.

Kat ADH Gombak ni Abdurrahman bawa bekal sendiri. Sebab outlet dia koboi je kan, so tak ada dapur atau pantry untuk sediakan makanan. Lagipun pelajarnya perbagai budaya. Mungkin takut tak makan nanti kalau disediakan makanan sejenis saja. Setakat ni, bekal Abdurrahman selalu habis. Paling Abdurrahman suka nasi goreng kicap telur. Kalau nugget tak dimakannya, tapi Abdurrahman kata dia bagi kat kawan-kawan. :)

Apapun, Umi doakan Allah bukakan hati Abdurrahman dan Asma' untuk mencintai ilmu dan suka belajar. Allhumma Rabbi zidna 'ilman wa fahman. Amin Ya Rabb. 

1 comment:

  1. Assalamualaikum...puan boleh update perkembangan Abdurrahman di Darul Huffaz? Saya bercadang nak hantar anak saya yang berusia 5 tahun ke Darul Huffaz Putrajaya...Wassalam.

    ReplyDelete