Thursday 3 January 2013

Usaha kerana Allah

Abdurrahman makan honey dew di kantin Education lepas solat Jumaat


Alhamdulillah, Umi panjatkan setinggi-tinggi syukur pada Allah atas kurniaNya pada Umi dan Abi. Abdurrahman ditunggu 13 tahun, sekarang dah hampir nak 3 tahun umur enta. 21 hari lagi insya Allah.

Dalam usianya nak masuk 3 tahun ni, banyak pencapaiannya menyenangkan hati Umi. Abdurrahman dah boleh jaga Adik, boleh tolong Umi, pandai ambil hati. Abdurrahman jugak rajin baca buku dan mengaji walaupun tak betul sangat bacaannya. Baca buku tu maksudnya Umi la tukang baca/cerita pada Abdurrahman.

Lately ni Abdurrahman pandai tak mau pi sekolah. Mungkin seronok cuti kot. Oh ye, cuti enta of course la tak sama dengan orang lain. Sekolah enta kan ikut kalendar sekolah antarabangsa.. i.e. ikut universiti. So, cuti sama dengan Umi la nanti. Hari ni Abdurrahman dalam cubaannya yang entah kali ke berapa, cuba untuk skip school lagi.


Abdurrahman: Umi, hari ni Abang nak pergi school Umi. School Umi yang ada Allaaahu akbar! (sambil menggayakan orang mengangkat takbir dalam solat). Boleh Umi bawak Abang pergi school Umi?

Umi: Boleh, tapi...

Abdurrahman: Terima kasih Umi. Terima kasih bawak Abang pergi school Umi. Abang I love you.

Umi: Boleh Abang, tapi bukan hari ni. Nanti cuti ya, waktu malam, bukan siang.  (Umi dan Abi selalu bawak Abang dan Adik ke Masjid UIA untuk solat Isyak time cuti hujung minggu).


Hmm.. cubaan Abang gagal kali ni, tapi takpe Abang.. teruskan usaha! Ganbate! Laa tai'asu! Pesan Umi, berusahalah setiap kali. Cuma jangan tinggalkan sandaran usaha kita tu pada Allah. Maksud Umi, apa-apa yang kita buat mesti kita fikirkan apa kebaikannya untuk kita di akhirat nanti? Nabi suka tak kita buat sesuatu tu? Allah pula macamana? Kalau usaha kita hanya nak untung di dunia tanpa fikirkan balasan di akhirat, itu bukan cara hidup Muslim.

Ingat pesan Allah dalam surah Hud ayat 15 dan 16:

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan".

Nanti Abdurrahman dan Asma' tanya ustaz untuk penjelasan lanjut ayat ni ya, sayang. OK, just ingat, laa tai'asu - jangan putus asa! Especially dari rahmat Allah yang Maha Penyayang!

No comments:

Post a Comment